BOLEH CARI ANIS DI FB : ANIS PASPED . YOU TUBE : ANIS PASPED . KALAU INSTAGRAM SILA PM ANIS DEKAT FB ATAU WHATSAPP 013 311 9297 .

Total Pageviews

Tuesday

allahyarham ismail bin dahlan...saaaayang ayah!!!

maaf ini aq copy paste tanda terima kasih kepada abg faiz../doktor faiz (sepupu) kerana bertungkus-lumus membuat statment yang betul dan tepat..terima kasih memberi fakta dengan jelas dan menarik..
terima kasih banyak2 daripada makcu sekeluarga...   http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/06/al-fatihah.html?showComment=1309252179451#c3941340166882281190






Al Fatihah  


Assalamualaikum,Ini entri yang panjang, aku tak tahu nak pendekkan...Panjang sebab aku nak luahkan segala yang terbuku dihati..Kepada kawan kawan yang sudi baca sehingga habis, jutaan terima kasih di ucapkan..
Terima kasih kepada rakan bloggers yang prihatin beritahu, dan cadangkan jalan penyelesaiannya..
Harap blog aku ni dapat di akses macam biasa, kalau ada masalah, tolong beritahu ya..

Tiada mood dan busy kerana kematian pakcik kepada isteri aku, mommyZZ.
Arwah ayah aq Ismail bin Dahlan, telah meninggal dunia pada hari Isnin lepas, 20 Jun, lebih kurang jam 4.30pm. Arwah telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kematian beliau dan seorang pegawai JPJ. Berita ini turut disiarkan di ruangan berita di NTV7. Berikut ialah beberapa keratan akhbar online yang dapat aku titipkan di entri ni, bagi yang ingin membacanya:


Apa yang terjadi kepada arwah?
Pertama tamanya, ingin aku tegaskan di sini bahawa, entri aku ini bukanlah untuk menuding jari ke mana mana pihak, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati kami, ahli keluarga Ismail Dahlan.Dan juga sebagai medium untuk kami luahkan apa yang terjadi, menerusi cerita sebelah pihak kami..Ini kerana laporan akhbar sehari selepas kemalangan hanya menyatakan berita dari sudut pandang sebelah pihak, dan banyak laporannya yang tidak benar. Itu yang kami kesalkan, bukannya kami tidak redha dengan ujian Allah(kematian ini). Ahli keluarga Ismail Dahlan langsung tidak ditemuramah oleh wartawan, jadi faham faham sahajalah berita yang di tulis bagaimana.

Ini ialah fakta kes (menerusi saksi yang melihat kejadian), seperti yang diceritakan sendiri oleh mereka kepada ahli keluarga kami. Saksi saksi ini terdiri dari orang ramai yang melalui jalan tersebut pada hari itu, dan juga budak kedai car wash (yang kedainya betul2 di hadapan tempat kemalangan, dan budak ini lah yang sempat memangku arwah Ismail Dahlan sejurus selepas kemalangan). Aku bagi gambarajah untuk memudahkan penceritaan.


-arwah keluar rumah ~ jam 11pagi, menuju ke bandar Nilai.(kereta Ismail (1) )

-setibanya di selekoh (double line), saksi mengatakankan bahawa kereta arwah jenis Ford Laser(warna hijau) hilang kawalan selepas cuba mengelak 4wd Hilux yang tiba tiba memasuki jalanraya.(kereta Ismail (2) )

-Siapa dan mengapa Hilux itu berada di belakang lori yang dikatakan"rosak" itu? Kalau ikut laporan akhbar, kononnya dikatakan bahawa Hilux itu ialah kenderaan penyelia lori..hmmm..Hilux itu sebenarnya ialah kenderaan Tonto. Siapa Tonto? Apa fungsi Tonto? Aku malas nak hurai di sini..

-Kerana kawasan jalan itu sempit dan di selekoh, kereta arwah tidak dapat mengelak dari melanggar Hilux yang tiba tiba keluar itu.Akibatnya, kereta Ford arwah berlanggar dengan Hilux tersebut, dan akibat dari perlanggaran itu, kereta arwah terus hilang kawalan dan berpusing pusing melanggar lori yang berada di hadapan dan terus menghentam kenderaan 4wd JPJ, Toyota Fortuner tersebut. Arwah pegawai JPJ tersebut(rujuk gambar beliau, nama arwah ialah Wardi Ahmad) yang ketika itu berada di belakang Toyota Fortuner tersebut, telah terkena hentaman tersebut, dan dikatakan telah terperosok di bawah Toyota Fortuner itu.

-Akibat impak besar perlanggaran itu, kereta arwah (kereta Ismail (3) ) telah berpusing 360 darjah, menghadap ke arah bertentangan. Kuatnya perlanggaran itu sehinggakan tayar belakang lori yang dihentam itu pecah. Selepas perlanggaran itu, kenderaan Tonto?/Hilux itu terus hilang(melarikan diri). Arwah Ismail telah menunggu lama hampir dua jam, sebelum ketibaan ambulan.Manakala arwah Wardi telah dibawa awal lagi menaiki ambulan yang lain. Selama menunggu hampir 2 jam inilah arwah Ismail dipangku oleh budak kedai carwash bernama Akhbar, yang mana aku sendiri kenal beliau, sebab aku pernah menghantar kereta aku untuk dibasuh disitu.dan akhbar ialah kawan karib kepada arwah..

-Arwah Wadi dikhabarkan sebenarnya meninggal dunia semasa di dalam ambulan lagi(menuju ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban), bukan di HTJ seperti laporan akhbar.Manakala arwah Ismail (ayah)dihantar ke hospital KPJ Seremban, bukan ke HTJ seperti laporan akhbar. Aku sendiri sampai ke hospital KPJ Seremban ~ jam 2pm, dan ketika itu arwah Ismail masih hidup, tetapi cedera parah. Beliau mengalami perdarahan otak yang teruk, namun tiada kecederaan luaran yang jelas, kecuali kesan lebam tali pinggang melintang di dada beliau. (Ini bertentangan dengan 3. Cerita dari blog yang mana wartawan memetik kata kata pegawai JPJ yang berspekulasi arwah Ismail tergamam nampak JPJ dan cuba memakai seat belt). Arwah pakcik mommyZZ memang memakai seat belt!! Even laporan post mortem sendiri mengesahkan kesan lebam melintang di dada beliau ialah kesan seat belt yang telah dipakai lama.

-Pakar bedah otak (neurosurgeon) Dr.Azizi dari HUKM Cheras dipanggil ke KPJ Seremban bagi membuat pembedahan segera membuang darah beku dan menghentikan perdarahan otak. Namun kerana kecederaan otak arwah Ismail terlalu teruk, ditambah pula dengan kecederaan dalaman organ yang lain, beliau akhirnya meninggal dunia setelah selesai pembedahan. Apa apa pun, ucapan terima kasih kepada Dr.Azizi yang kami kenal secara peribadi(beliau ialah pakar yang membuat pembedahan yang sama kepada ayah mommyZZ yang mengalami strok 3 tahun lepas).

-Setelah meninggal di KPJ Seremban, barulah arwah Ismail di pindahkan ke Jabatan Forensik, HTJ untuk proses post mortem. Jenazah arwah dikembumikan malam itu juga di Nilai.


Moral/hikmah ujian Allah ini:

1) Jangan terus percaya bulat bulat laporan akhbar tentang apa jua peristiwa, samada kes kemalangan, berita politik, dan lain lain. Perlu dengar cerita dari kedua dua belah pihak. Aku tak ingin mengatakan bahawa terdapat unsur bias, namun laporan akhbar hanya memetik mangsa kejadian dari JPJ sahaja, seolah olah ahli keluarga mangsa yang satu lagi, iaitu arwah Ismail tidak mempunyai perasaan dan hak untuk bersuara.

2) Kepada anggota JPJ/PDRM dan lain lain anggota penguatkusa, andai kalian terbaca entri aku ini, aku pohon kalian semoga amalkan langkah keselamatan terbaik semasa prosedur menahan kereta/road-block, supaya insiden seperti ini tidak berulang. Ini bukan kes yang pertama. Selama ini dah banyak kali kes kemalangan/kematian melibatkan pegawai mereka. Lokasi kejadian insiden ini ialah di selekoh, yang ada double line..jadi mereka sebagai anggota penguatkuasa undang undang jalanraya, perlu lebih arif tentang undang undang jalanraya, di mana mereka patut berhenti untuk menahan kenderaan/membuat road-block.

3)Laporan akhbar mengatakan kononnya kenderaan JPJ(Toyota Fortuner) itu berhenti untuk melihat lori yang rosak. Soalan aku, betul ke? Dan kenapa wujud kenderaan tonto di situ? Aku malas membuat komen yang lebih lebih, cuma aku harap kita semua sebagai manusia, hamba Allah, ikhlas lah dan jujur dalam menjalankan tugas.

btw aq nurul natasha farahanis bt ismail ialah anak allahyarham ismail bin dahlan..nk memberi pendapat dan tanda kegilaan melampaui batas pemikiran kita:
1. LAIN KALI KALAU ADA KERETA ROSAK PANGGIL JPJ CEK K??? DIORG PERIHATIN BETUL..!!
2. SEJAK BILA LORI ADA PENYELIA YANG IKUT SETIAP PERGERAKKAN MEREKA??? AGAK2 LH..TONTO KOT!!!
3.SEJAK BILA JPJ PANDAI WT UNDANG2 TP PAKAI LANGGAR UNDANG2 SENDIRI??
4.KITA SEBAGAI UMAT ISLAM..CARI MAKAN DARI DUIT YANG HALAL..OK?? 
5.BERHENTI LAH NAK TUTUP KESALAHAN SENDIRI DAN ORG LAIN.. KENAPA??TAKUT?? OUH ! NAK KONGSI DOSA BERSAMA YE?? OK.. BUAT LH.. SMOGA HARI PENGADILAN AKAN TIBA..TAK DI SINI,KITA TUNGGU DI SANA..ALLAH AKAN MEMBENTANGKAN SEGALANYA...SMOGA KEADILAN TIBA.. KITA TUNGGGGUUUUUU...



===============================================================

Kali terakhir aku melihat dan bercakap dengan arwah Pak Mail/apak (panggilan keluarga buat arwah Ismail) ialah lebih kurang 2 bulan yang lalu. Aku ke sana, melihat kolam ikan beliau, mengambil gambar..dan aku ada membuat entri tentang itu, Di sini.

Arwah Ismail bin Dahlan/Pak Mail/Apak

Entri ini juga aku tujukan khas buat Makcu (mak saudara mommyZZ)..dan anak anak beliau..
Pak Mail ada 3 orang anak, berumur antara 22,18 dan 15 tahun.
Buat anak bongsu Pak Mail, Wani, abang Faiz tahu Wani baca blog abang Faiz...harap Wani sekeluarga sabar menghadapi ujian Allah ini. 

Al Fatihah buat Ismail bin Dahlan....dan juga buat Wardi Ahmad.
Moga roh mereka di tempatkan dikalangan roh hamba hambaNya yang beriman. Amin. (amin..amin ya robbalalamin..)

bahagian belakang kereta...

bahagian depan.... 

saaayyaaannnggggg ayyyaaahhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ismail bin dahlan..... al-fatihah....
vidio last tangkapannya haruan tasik.. trip di kuala rompin...
layannnnnnnn................
bersama pacu 19kg...
terbaik!
terbaik!! terbaik!!
bersama tangkapannya..layaran!!!!!
time khilangan jari ...hantu..

kembangkn idong bsama..... ^____________^
jemput makan?????
cowboy..... kuikui.....

2 comments:

  1. sabar ye anis...
    don worry..
    aq akn slalu ade tok ko...
    syg ko...

    ReplyDelete
  2. ORITE.... ERM.. KO AD UTK AQ..TP KO JAUH..

    ReplyDelete